Sunday, January 16, 2011

Nasha elak isu jodoh


NASHA AZIZ


DIVA memang suka meilhat aksi si tinggi lampai ini baik dalam kaca televisyen, di layar filem mahu pun dirinya yang sebenar di luar tugasan sebagai pelakon. Nasha Aziz ini kekal cantik dan kalau dia melalui satu-satu kawasan, pasti semua mata tertumpu ke arah wanita cantik dan manja ini.

Tetapi baru-baru ini dalam acara Fashion Rafflesia Tahun Baru Cina yang diadakan di The Weld, ramai teman Diva yang berbisik akan perihal kerenah si cantik ini.

Kata mereka, apabila ditanya soal kahwin, pelbagai jawapan diberikan oleh Nasha untuk mengelak. Bagi mereka, jawapan dan cara elakan itu sudah klise dan tidak diguna pakai lagi.

Sebaliknya mereka mengharapkan jawapan yang tulus ikhlas daripada kekasih Nur Iman Tang Abdullah ini. Kalau Nasha mahu tahu, semua mendoakan agar dia cepat mendirikan rumah tangga kerana mahu melihat dirinya cantik dalam busana pengantin dan berbahagia bersama suami hingga ke akhir hayat.

"Cara elak dia tak best langsung. Ada ke dia kata dia tunggu aku kahwin dulu, Va. Itu bukan satu jawapan untuk orang yang sudah lama bertapak dalam dunia hiburan. Cara elak macam tu, orang dah tak pakai lagi," kata seorang teman Diva.

Ada teman Diva juga kata yang Nasha menyatakan cintanya sekarang hanya untuk Tuhan, keluarga dan karier.

Masalahnya, semua insan pun begitu juga. Jawapan itu membuatkan ramai meneka dia kini kembali solo.

Ramai juga tidak faham mengapa Nasha tidak boleh memberikan jawapan yang serius.

Apa-apa pun Diva mendoakan kebahagiaan Nasha dan semoga dia dapat tampil memberi jawapan yang matang satu hari kelak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: