Ally Iskandar orangnya. Ya pengacara TV3 tu. Yang membuatkan Kita mencuri pandang tu sebabnya Ally sedang memimpin tangan seorang wanita cantik berambut panjang beralon yang didandan rapi. Bukan main mesra lagi. Memang tak kenallah siapa wanita itu. Nampak pada gayanya macam seorang eksekutif kerana pakaiannya ada gaya macam tu. Orangnya pun bukanlah muda belia, sebaliknya nampak matang. Kalau tak salah telahan Kita, orangnya dah berumur lewat 20-an atau awal 30-an. Cantik juga orangnya. Sayangnya sepasukan jurugambar yang ada berdekatan sedang asyik berborak dan terlepas merakam aksi menarik itu. Kelibat Ally hilang apabila dia memasuki lobi hotel tersebut.
Ingatkan dia akan lama di dalam hotel itu, jadi tak adalah jurugambar menunggu dia keluar balik. Rupa-rupanya sekitar lima minit kemudian Ally dan pasangannya keluar. Kali ini tak adalah berpimpin tangan. Malangnya sekali lagi mereka terlepas peluang. Sambil mereka berlalu semakin jauh, mata Kita jahat juga memerhatikan mereka. Bila sudah jauh, kelihatan Ally kembali memimpin tangan wanita cantik itu. Lama-lama hilang dari pandangan. Siapakah wanita itu? Adakah dia wanita yang sedang bertakhta di hati Ally sekarang? Kalau ya apa salahnya kan? Ally pun sudah layak untuk berumah tangga, bukannya dia anak remaja lagi. Kita: Jangan pula Ally nak nafikan sebab gelagat itu diperhatikan ramai orang pada masa itu. Awas! | Semasa Kita sedang menunggu ketibaan pelakon Baim Wong di sebuah coffee house The Curve, Damansara, Kuala Lumpur pada petang Rabu lalu, terpandang sosok yang sangat dikenali melintas di siar kaki menuju ke sebuah hotel dekat-dekat situ.
Saturday, January 15, 2011
Ally Iskandar pimpin tangan siapa tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: