|
|
PUTRAJAYA - Peguam Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail menarik diri daripada mewakili bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan.
Penarikan diri mereka adalah ekoran keengganan Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh pendengaran petisyen itu pada pertengahan Mac ini seperti yang dipohon.
Alasan itu dinyatakan dalam afidavit Abdul Rashid yang difailkan bagi menyokong notis usul penarikan diri mereka daripada mewakili Tuanku Ismail Petra.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md. Raus Sharif, membenarkan permohonan mereka selepas peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra) tidak membantah.
Dalam affidavitnya, Abdul Rashid berkata, Tuanku Ismail Petra telah melantik Raja Aziz dan firma guamannya, Tetuan Rashid Zulkifli mewakili baginda dalam petisyen itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: