Thursday, January 13, 2011
Cinta baru Nabil dikatakan dengan seorang pramugari
Belum pun reda kisah cintanya dengan pelakon baru, Zaris Uqasha, timbul pula kisah cinta Nabil bersama seorang pramugari yang dikenali sebagai Zira. Malah gambar mesra mereka juga mula beredar di laman-laman blog hiburan tempatan.
Nabil yang dihubungi tidak menafi kan mengenali Zira tetapi menegaskan bahawa hubungannya dengan Zira tidak lebih daripada seorang kawan.
“Saya sudah lama mengenali Zira. Dia memang seorang pramugari namun yang pernah digembargemburkan ada hubungan dengan saya sebelum ini. “Kalau kami jumpa pun, jumpa di luar secara beramairamai.
Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya masih lagi single dan tidak mahu memikirkan tentang hubungan cinta.
“Tentang mesej-mesej cinta yang kerap berubah di status BBM Zira, mungkin dia tujukan kepada lelaki lain.
Ada gambar dengan saya tidak semestinya kami bercinta kerana kami sudah lama kenal,” jelas Nabil Nabil berkata, buat masa ini dia berkawan dengan ramai wanita dan baginya
tidak salah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja selepas episod cintanya dengan Irma
Hasmie berakhir hujung tahun lalu.
“Jika saya terperuk dalam rumah dan tidak bergaul nanti lain pula orang kata. Lagipun saya suka berkawan dan saya rasa tidak salah berkawan dengan sesiapa sahaja.
“Sama juga hubungan saya dengan Uqasha, kami hanya kawan. Sekarang pun kami
sudah sebulan tidak berhubung kerana masingmasing sibuk.
"Kalau kami ada hubungan istimewa, tak mungkin sudah sebulan kami tidak berhubung,” kata Juara Raja Lawak musim kedua itu.
Mengulas mengenai popularitinya yang dikatakan sudah semakin hambar, Nabil berkata, dia tidak pasti sama ada popularitinya semakin menurun atau tidak.
Namun yang pasti, tawaran seni yang diterima semakin mencurah-curah. “Saya rasa saya
masih seperti Nabil yang dulu.
Turun naik seseorang artis itu perkara normal. Semasa saya naik dulu pun saya tidak pernah merungut kenapa saya dikenali, takkanlah sekarang bila rasa kurang dikenali, saya
mahu merungut juga.
“Jika benar populariti saya sudah merudum tak mungkinlah ada orang masih ambil tahu dan
mengenali saya lagi. Tak mungkinlah gambar saya dengan Zira turut menjadi isu,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: