Sunday, January 23, 2011

Azwaliza Azman Kini Bergelar Isteri

Azwaliza Azman, 30, hari ini sah menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan Kadir Rashid, 32,

KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Azwaliza Azman, 30, hari ini sah menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan Kadir Rashid, 32, Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Ustaz Mohd. Haiyazid Mohammad di Pusat Perdagangan Dunia Putra, di sini kira-kira pada pukul 6.30 petang.

Dengan sekali lafaz, Kadir yang bertugas sebagai pengarah eksekutif sebuah syarikat swasta selamat bergelar suami kepada pembaca berita TV3 tersebut.

Azwaliza turut menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki dan membalas 11 daripada pihaknya.

Dia turut menerima mas kahwin RM20,000 manakala wang hantaran RM 50,000.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datu Farid Ridzuan dan artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: