Saturday, January 15, 2011

Ayam mati akibat wabak hawar


SEORANG penduduk, Rosdi Salleh melihat ayamnya yang menghidapi penyakit hawar di Kampung Gong Sentul, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar daerah ini mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila ayam ternakan mereka mati sejak seminggu lalu dipercayai diserang wabak hawar.

Ayam tersebut pada mulanya menunjukkan tanda-tanda lemah dan paruh berair sebelum mati walaupun telah diberikan ubat.

Seorang penternak, Rosli Embong, 40, berkata, ayamnya mula mati secara berperingkat selepas negeri ini dilanda ribut hujung minggu lalu.

“Mula-mula tiga ekor, selepas itu beberapa ekor lagi mati dan saya anggarkan kesemua yang telah mati hampir 100 ekor.

“Kebanyakan yang mati merupakan ayam baka baik yang harganya di antara RM200 hingga RM300 dan ia boleh mencecah ribuan ringgit seekor.

“Selepas saya mengesan ayam-ayam ini menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit, saya cuba pelbagai cara termasuk memberi air kelapa dan ubat,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Sentul di sini semalam.

Namun jelasnya, semua cara itu tidak berkesan tetapi kini dia masih berusaha memulihkan beberapa ekor ayam yang masih tinggal supaya tidak terus menjadi mangsa penyakit itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: