Saturday, January 15, 2011

Awas hamper barang luput tarikh


SAHARUDDIN membuat tinjauan penjualan hamper di sebuah pasar raya di bandar Melaka semalam.


MELAKA - Orang ramai diminta berhati-hati membeli hamper yang dijual sempena Tahun Baru Cina di kedai runcit dan pasar raya di sini kerana ada yang mengandungi produk yang tamat tarikh luput.

Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, terdapat segelintir peniaga cuba mengambil kesempatan dengan memasukkan dalam set hamper makanan yang sudah luput tarikhnya.

Menurutnya, cara tersebut dilihat lebih mudah untuk melupuskan stok-stok lama jualan barangan mereka kerana pembeli tidak dapat melihat satu persatu setiap barang yang telah dibalut menjadi set hamper musim perayaan.

"Sejak dua bulan lalu, pihak persatuan menerima kira-kira 20 aduan berkenaan kes sebegini yang bukan sahaja dilakukan peniaga kecil-kecilan malah turut melibatkan pasar raya di pusat bandar ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: