Sunday, December 5, 2010

RAPUNZEL: A TANGLED TALE Menyeronokkan


Rapunzel, sebuah kisah dongeng yang mengisahkan seorang puteri yang berambut panjang keemasan dan mempunyai kuasa penyembuh. Namun disebabkan kuasa yang dimilikinya, Rapunzel telah diculik dan membesar dalam sebuah rumah kurungan. Pasti semua maklum akan kisah menarik ini.


Namun Rapunzel: A Tangled Tale terbitan Walt Disney Pictures sememangnya menghiburkan dan memberikan satu perspektif baru kepada kisah dongeng ini.

Pasti penonton akan tertarik dengan karektor Maximus, seekor kuda yang berpewatakan seperti anjing. Begitu tegas dan patuh kepada arahan tuannya sehingga menimbulkan kelucuan. Malah begitu tegar akan tugasnya, Max bertindak seorang diri mencari penjenayah yang telah mencuri mahkota istana. Malah Max juga pandai berlawan pedang.


Rapunzel: A Tangled Tale mengisahkan seorang puteri dengan rambut magik sepanjang 70 kaki dan berwarna keemasan. Rapunzel (Mandy Moore) telah diculik sewaktu masih bayi dan dikurung di sebuah tower yang tersembunyi di sebalik hutan tebal.

Mempunyai imaginasi yang luas mengenai dunia luar, Rapunzel mengambil kesempatan melepaskan diri dengan bantuan Flynn, seorang pemuda yang melarikan diri setelah mencuri mahkota istana. Bermulalah kisah pengembaraan yang menarik, lucu, romantik dan rambut dan lebih banyak rambut.

Saksikan filem arahan Byron Howard dan Nathan Greno di pawagam sekarang. Pasti akan terhibur dengan kelucuan karektor yang ditampilkan terutamanya Max. Masih lagi karektor kesukaan MO setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: