BERDEBU...Shaharuddin Dolah menunjukkan habuk daripada pembinaan kondominum terbabit di parkir Kondominium Villa Puteri.
GANGGU...pembinaan kondominum terbabit.
KUALA LUMPUR: Lebih 240 keluarga yang mendiami Kondominium Villa Puteri di Jalan Tun Ismail, di sini, hidup kebimbangan berikutan pembinaan kondominium baru yang terlalu hampir hingga menimbulkan pelbagai masalah.
Penduduk, Asmah Ahmad, 40, berkata sejak dibina dua tahun lalu, penghuni kondominium berkenaan dihantui rasa bimbang dan gusar kerana setiap hari mereka perlu berdepan suasana bising berpunca daripada kawasan pembinaan itu.
“Berikutan projek pembinaan kondominium baru ini terlalu hampir dengan kediaman, setiap hari kami diganggu bunyi bising daripada tapak pembinaan yang berlarutan hingga waktu malam.
“Kami beberapa kali berjumpa kontraktor dan meminta mereka mengehadkan waktu bekerja, tetapi tidak diendahkan, malah mereka meneruskan kerja walaupun pada hujung minggu,” katanya.
Asmah berkata, kesulitan mereka tidak terhenti di situ saja kerana mereka mula mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan sakit tekak kerana habuk daripada kerja konkrit di tapak terbabit.
“Bukan itu saja, sejak pembinaan terbabit dimulakan, semakin banyak nyamuk membiak dan ini membimbangkan penduduk terutama mereka yang mempunyai anak kecil,” katanya.Sementara itu, Pengurus Bangunan yang menyelia kondominium Villa Puteri, Shaharuddin Dolah berkata, penduduk bimbang pemaju projek terbabit membina jalan keluar menggunakan kawasan letak kereta pelawat.
Katanya, ruang itu yang terletak di luar kondominium menjadi sesak dengan projek baru itu yang dijangka menampung 1,033 kediaman.
Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya meneliti aduan berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak terbabit dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: