Wednesday, December 8, 2010

Civic Hybrid buat pencinta alam


SELEPAS melalui pelbagai ujian kecerdasan dan kecekapan fizikal, Mazianor (tengah) bangga menerima habuan berupa kereta Honda Civic Hybrid daripada Goh ( kiri).


PERADUAN Dulux Go Green yang menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna jenama berkenaan sejak tiga bulan lalu berakhir dalam satu acara meriah apabila seorang daripadanya berjaya membawa pulang sebuah kereta Honda Civic Hybrid.

Acara kemuncak yang dijalankan di pusat beli-belah One Utama baru-baru ini turut menyaksikan sebanyak sebelas orang peserta bersaing pada peringkat akhir bagi merebut hadiah kejuaraan. Mereka perlu melalui cabaran mental dan fizikal sama seperti peraduan The Amazing Race.

Bagaimanapun, Mazianor Farhana Mohammed Moctah, 27, dari Kuala Lumpur telah ditabalkan sebagai juara. Dia membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah Honda Civic Hybrid yang boleh menggunakan kedua-dua kuasa elektrik dan petrol.

Eksekutif wanita itu memberitahu, sikap mesra alam merupakan amalan keluarganya dan kini ia memberi manfaat yang besar buatnya sekeluarga apabila memenangi hadiah utama peraduan berkenaan.

"Dengan memilih produk yang mesra alam, tanpa diduga saya berjaya membawa pulang sebuah kereta. Ini adalah satu kempen yang baik untuk mendorong orang ramai untuk berfikir tentang isu alam sekitar," katanya.

Menurut Mazianor, dia telah membeli cat berjenama Dulux untuk mengecat rumahnya sempena musim perayaan kerana ia mesra alam dan mempunyai kadar bau yang rendah.

"Pada pendapat saya, ia selamat untuk keluarga saya. Saya tidak sangka saya akan menang besar dengan hanya membuat pilihan cat yang betul," katanya.

Sepuluh peserta yang lain pula tidak pulang dengan tangan kosong. Lima pemenang hadiah kedua dan lima lagi pemenang hadiah ketiga masing-masing telah membawa pulang TV Plasma Panasonic 42 inci HD dan peti ais Panasonic 395L Inverter Pintu Berkembar.

Selain itu, 20 pemenang setiap minggu juga telah memenangi hadiah-hadiah yang menakjubkan seperti TV LCD Panasonic 32 inci dan juga mesin basuh Panasonic Inverter Top Load Washers selama peraduan itu dijalankan.

Pengarah Urusan ICI Paints Malaysia Sdn. Bhd., Goh Cheok Weng berkata, beliau mahu para pengguna memahami bahawa mempunyai tabiat mesra alam adalah satu perkara yang akan menguntungkan semua orang.

"Kejayaan besar peraduan Dulux Go Green ini sangat memberangsangkan kerana kami mempunyai matlamat untuk mendidik para pengguna dalam memilih jenis cat yang mereka beli.

"Dengan memilih cat mesra alam, kami telah memainkan peranan dalam membantu menghambat kesan pemanasan global," katanya.

Dalam pada itu, bahagian pertama acara akhir berkenaan menyaksikan para peserta meneka jumlah tin cat tersusun yang dipamerkan.

Bahagian kedua pula memerlukan para peserta untuk menggunakan kecerdasan mereka berfikir dan ketangkasan tangan mereka apabila mereka bersaing untuk menekan butang jawapan untuk menjawab soalan-soalan kuiz mengenai isu persekitaran dan peraduan yang sedang dijalankan.

Aksi yang paling menyemarakkan semangat orang ramai adalah apabila para peserta berlari-lari di sekitar pusat membeli-belah itu untuk mencari pelbagai pembayang garisan penamat. Untuk setiap aktiviti, markah yang tertentu diberikan barisan pengadil yang terdiri oleh para pekerja AkzoNobel dan penganjur luaran.

Peraduan Dulux Go Green yang dimulakan pada bulan Ogos yang lalu memerlukan para pengguna membeli salah satu daripada Dulux 5L cat mesra alam dan menjawab soalan mudah mengenai alam persekitaran.

Menurut Cheok Weng, peraduan Go Green ini ialah sebahagian daripada usaha AkzoNobel untuk mengorakkan langkahnya ke dalam agenda pelestarian alam semula jadi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: