Wednesday, December 8, 2010

Evolusi tahan lama


JEFF (paling kanan) bersama model-model sempena majlis pelancaran Evolta.


PENERAJU pasaran produk elektrikal dan elektronik Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan rangkaian bateri alkali Evolta di pasaran negara ini yang mempunyai jangka hayat lebih lama.

Pengarah Urusannya, Jeff Lee, berkata, bateri Evolta Panasonic boleh didapati dalam lima segmen iaitu AA, AAA, C,D dan sembilan voltan yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis peralatan masa kini. Prestasi rangkaian bateri alkali Evolta adalah 20 peratus lebih tahan lama.

"Pada tahun 2008 bateri AA Evolta Panasonic telah menerima anugerah bateri tahan lama nombor satu di dunia dan diiktiraf Rekod Dunia Guinness. Pencapaian itu merujuk pada prestasi tinggi atau tahan lama berbanding bateri-bateri lain dalam penggunaan peralatan salir.

"Struktur terbaru bateri-bateri Evolta menyediakan ruang dalam yang lebih luas sekali gus menyediakan tempat simpanan besar untuk bahan aktif. Ia juga dapat meningkatkan ketahanan kuasa dengan menggunakan teknologi ketahanan bagi kontena silinder," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian bateri Evolta di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Nama Evolta yang berasal dari perkataan evolusi dan voltan, menggambarkan kemajuan teknologi bateri Panasonic dari segi struktur, bahan serta proses pembuatannya.

Jeff Lee menambah, bagi memaksimumkan reaksi kimia dalam bateri ini, Panasonic telah meningkatkan proses pembuatan menjadi lebih serata semasa kemasukan dan kepadatan bahan aktif dalam bateri tersebut.

Katanya, bateri Evolta dapat menjana prestasi kuasa yang tinggi dalam pelbagai peralatan aplikasi rendah seperti alat kawalan jauh televisyen sehingga penggunaan aplikasi tinggi termasuk kamera digital dan lain-lain lagi.

"Walaupun kebanyakan penggunaan peralatan mudah alih terdapat di pasaran dijana dari bateri yang boleh dicas semula, pengguna-pengguna produk elektronik masih bergantung kepada penggunaan bateri alkali biasa.

"Rangkaian bateri Evolta kami yang sesuai untuk segala aplikasi boleh memenuhi keperluan kuasa peralatan elektrik atau elektronik pada masa kini. Selain itu ia juga dapat memuaskan permintaan tinggi pengguna untuk bateri tahan lama, mesra alam dan selamat." ujarnya lagi.

Penghasilan rangkaian bateri Evolta adalah respons Panasonic kepada evolusi produk yang menggunakan kuasa bateri tahan lama dan juga permintaan pengguna. Bateri-bateri Evolta boleh dibeli pada harga RM6.20 sehingga RM11.50.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: