Friday, November 19, 2010

20 bintang video Super Something


SEMUA pemenang utama dan saguhati teruja apabila diraikan dengan meriah.


RAMAI wanita muda ingin membintangi video muzik tetapi keinginan itu hanya tinggal mimpi semata-mata. Namun, bagi 20 wanita bertuah yang dicalonkan sebagai finalis peraduan video muzik Libresse Be Super, Be A Star, impian tersebut menjadi realiti apabila mereka dapat melihat diri mereka sendiri dalam penerbitan khas video muzik Libresse Super Something.

Kesemua gadis bertuah itu bersama dua tetamu pilihan mereka telah diraikan dalam majlis yang dihadiri selebriti yang dilantik sebagai duta Libresse. Mereka ialah penghibur terkenal Adibah Noor; peserta Amazing Race Asia Musim Kedua, Pamela dan Vanessa Chong, dan penyanyi serta penulis lagu berbakat besar, Yunalis Zarai (Yuna).

Libresse, jenama produk penjagaan kebersihan wanita antarabangsa keluaran SCA telah mendapatkan khidmat Yuna untuk mencipta dan merakamkan lagu Super Something sempena pelancaran Libresse di Malaysia.

Para jemputan juga berpeluang menyertai beberapa peraduan mini yang dikendalikan oleh duta selebriti Libresse. Sambutannya amat menggalakkan lantaran menawarkan hadiah bernilai RM18,500 untuk pemenang.


PAMELA (kanan) dan Vanessa Chong turut menjadi selebriti jemputan dalam video muzik istimewa itu.


Bagi pemenang hadiah utama, Azira Nur Anhar, 21, menerima RM5,000 manakala Ilya Nabilah Mustapa Yun, 21, memenangi RM3,000 di tempat kedua. Pemenang tempat ketiga, Siti Alia Aisyah Omar, 22, pula membawa pulang RM2,000.

Seramai 17 pemenang hadiah sagu hati menerima RM500 setiap seorang. Setiap finalis juga membawa pulang hadiah berupa rangkaian lengkap produk Libresse.

“Kami ingin mendekati wanita muda dan kami merasakan bahawa salah satu daripada cara terbaik adalah menerusi muzik kerana ia sangat diminati generasi muda.

“Kami percaya kebanyakan wanita muda dapat menghayati lirik dan kami yakin ia akan memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai potensi sebenar mereka,” kata Pengurus Pemasaran SCA Hygiene Malaysia Sdn. Bhd., Faye Wong.

Tambahnya, Libresse sentiasa melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza kerana mahu menjadikan jenama Libresse lebih istimewa dan diingati.

“Kami terharu dengan sambutan luar dugaan yang diterima melalui peraduan ini. Secara keseluruhan, kami menerima 1,600 penyertaan dan 136,000 undi. Ini mendorong kami untuk membawakan lebih banyak pengalaman unik kepada pengguna kami tidak lama lagi.


ADIBAH NOOR turut sama meraikan pemenang.


“Selain itu, kami terhutang budi kepada selebriti terkenal seperti Pamela dan Vanessa Chong, Adibah Noor dan Yuna selaku duta kami kerana mereka memperlihatkan keyakinan dan harga diri yang mencerminkan ciri-ciri wanita muda Libresse,” ujarnya.

Peraduan Video Muzik Libresse Be Super, Be A Star telah dianjurkan pada 28 Mei hingga 31 Julai lalu. Undian bermula pada 1 Ogos berakhir pada 14 Ogos 2010.

Peserta peraduan dikehendaki mengambil gambar diri mereka sendiri sama ada seorang diri atau bersama kawan-kawan sambil menunjukkan kehebatan mereka yang sebenar.

Gambar mesti disertakan dengan poster yang ditulis secara kreatif, cerita atau apa sahaja yang bermula dengan ‘I’m super coz... atau Saya memang super kerana...’ dan disambung ayat itu dengan kurang daripada 10 perkataan.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: