
Wabak kolera di kawasan bandar disahkan bermula di Arcahaie, sebuah bandar yang terletak berhampiran ibu negara, Port-au-Prince yang musnah akibat gempa bumi, awal tahun ini.
Pegawai kesihatan bimbang wabak berbahaya itu akan tersebar ke kem pelarian utama yang didiami ratusan ribu mangsa gempa bumi.
Kementerian Kesihatan Haiti mengesahkan 194 orang maut akibat kolera dan 2,364 dijangkiti wabak itu, iaitu penyakit pertama yang menular selepas gempa bumi dahsyat membunuh 300,000 penduduk negara Caribbean itu, Januari lalu.
Kolera ialah sejenis jangkitan bakteria yang tersebar melalui air tercemar.
Penyakit itu menyebabkan penghidapnya menghadapi cirit-birit teruk dan muntah-muntah menyebabkan dehidrasi yang boleh membawa maut selepas beberapa jam dijangkiti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: