PENYANYI Celine Dion (gambar) dan suaminya Rene Angelil (gambar) mengumumkan nama bayi kembar mereka iaitu Eddy dan Nelson.
Celine memberikan nama Eddy sempena nama Eddy Marnay, lelaki yang pernah menerbitkan lima album penyanyi My Heart Will Go On itu.
Sementara nama Nelson diambil sempena nama Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan.
Celine pernah bertemu dengan Nelson sewaktu menjayakan persembahan jelajah di negara tersebut pada dua tahun lalu.
"Celine sudah menganggap Eddy seperti ayahnya dan lelaki itu juga mempunyai pengaruh yang besar kepada Celine dan Rene.
"Sementara Rene memberitahu walaupun hanya menghabiskan masa beberapa minit dengan Nelson, namun dia dan isterinya sangat berpuas hati," kata jurucakap penyanyi berusia 42 tahun itu, menurut People, Jumaat.
Celine sangat bingung untuk memilih nama anak kembarnya itu. Ibunya meminta dia menggunakan nama persis orang Perancis, sedangkan anak sulungnya ingin adik-adiknya memiliki nama seperti orang Amerika.
Penyanyi kelahiran Kanada itu melahirkan bayi kembar mereka pada 23 Oktober lalu di Pusat Perubatan St Mary, Florida.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: