Thursday, October 28, 2010

Gabungkan SME Bank, Agrobank?


agrobank dahulu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia.


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbang sama ada mahu menggabungkan SME Bank dengan Agrobank atau menstruktur semula kedua-dua bank tersebut dalam usaha untuk memaksimumkan potensi dan peranan bank-bank berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan sedang mengkaji kedua-dua model pelaksanaan itu dan akan membentangkannya pada mesyuarat Majlis Ekonomi dalam masa terdekat.

"Kita sedang mengkaji dua model. Satu untuk menggabungkan SME Bank dengan Agrobank supaya menjadi entiti yang lebih besar atau menstruktur semula kedua-dua bank berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: