Friday, October 29, 2010

Kemenangan penari bogel ditarik balik


JANA KADERAVKOVA


SAAZ, Republik Czech - Pemenang satu pertandingan ratu cantik di sini, Jana Kaderavkova ditarik balik selepas dia mengaku pernah bekerja sebagai penari bogel dan bergambar erotik untuk sebuah majalah bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Kaderavkova yang berumur 20 tahun membuat pendedahan itu semasa dia dimahkotakan sebagai pemenang Permaisuri Bir baru-baru ini.

Semasa diwawancara selepas diumumkan sebagai pemenang dia berkata: "Saya bekerja di sana (Itali) sebagai seorang penari bogel, bergambar untuk majalah bogel dan saya merupakan gadis cuaca erotik di televisyen."

Mendengar pendedahan wanita itu, wakil pihak penganjur Petr Simacek berkata, peserta yang melakukan kerja-kerja erotik dilarang daripada menyertai pertandingan tersebut.

Kaderavkova yang mendengar keputusan untuk menarik balik gelaran itu menjadi marah dengan menyatakan pihak penganjur sepatutnya bertanya kepadanya mengenai latar belakang dirinya sebelum dia dibenarkan bertanding.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: