PENGACARA Simon Cowell dan tunangnya, Mezghan Hussainy yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka akhir tahun ini dikatakan sudah berpisah.
Ibu Cowell, Julie Cowel memberitahu media bahawa hubungan pasangan tersebut sentiasa berantakkan dan memberitahu mereka sudah memilih untuk membawa haluan sendiri.
Julie juga menganggap anaknya terlalu terburu-buru untuk putus tunang dengan dengan Hussainy. Dia harap hubungan yang sudah berakhir itu membuatkan mereka lebih berfikir dengan matang tentang masa hadapan.
"Perkahwinan adalah langkah yang sangat besar buat mereka terutama apabila dalam keadaan tidak bersedia," ujarnya seperti dipetik dari Aceshowbiz.
Wanita berusia 85 ini juga memberitahu kesibukan anaknya turut menjadi punca keretakan hubungan itu.
"Putusnya hubungan ini kerana Simon terlalu bekerja keras," katanya.
Bagaimanapun, kenyataan Julie sangat berbeza dengan apa yang diberitahu oleh Simon bahawa hubungan mereka masih berjalan lancar seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: