Wednesday, October 27, 2010

CUEPACS lancar insurans Pelan Takaful Kasih 1


AB. LATIFF (dua dari kanan) dan Omar (kanan) bersama-sama melancarkan Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.2 juta ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kini berpeluang mendapat perlindungan takaful melalui Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS yang diperkenal hasil kerjasama Hong Leong Tokio Marine Takaful (HLTM Takaful).

Ketua Pegawai Eksekutif HLTM Takaful, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, pelan tersebut menawarkan dua pelan komprehensif iaitu simpanan dan perlindungan kemalangan diri akibat kematian atau kecacatan kekal.

"Penyertaan untuk pelan ini adalah dengan membeli unit dengan kadar caruman satu unit bermula serendah RM10 sebulan untuk simpanan dan RM2 sebulan untuk perlindungan kemalangan diri.

"Namun penyertaan lebih daripada satu unit dibenarkan sehingga maksimum sepuluh unit," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Pelan Takaful Kasih 1 CUEPACS di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: