Friday, October 29, 2010

Nissan tarik lebih 2.1 juta kenderaan buatannya di seluruh dunia


GAMBAR menunjukkan kereta Tida keluaran Nissan Motor.


TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor semalam mengumumkan ia memanggil semula lebih 2.1 juta kenderaan di seluruh dunia kerana kerosakan pada sistem kawalan enjin.

Dalam satu laporan kepada kementerian pengangkutan Jepun, Nissan memberitahu, ia akan menukar bahagian yang rosak secara percuma untuk model-model terbabit ekoran kerosakan tersebut mungkin menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba.

Di Jepun sahaja, Nissan akan memanggil semula sejumlah 834,759 unit kenderaan membabitkan sembilan model termasuk Cube, March dan Tida yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2006.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: