Friday, October 29, 2010

Siri jelajah Shout Awards kini bermula!

Shout Awards 2010, kembali lagi untuk memartabatkan segenap industri seni. Sebagai pembuka tirai, Shout Awards 2010, akan menemui peminat dalam satu siri jelajah di beberapa tempat. Dan inilah masanya untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis yang tercalon.

Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, menjadi tempat pertama Siri Jelajah Shout Awards 2010 melabuhkan tirainya pada, 31 Oktober, jam 5.30 petang. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Sonaone dan Alif Satar dan Daphne Iking.

Destinasi seterusnya, Mahkota Parade, Melaka, pada 6 November 2010 (Sabtu) jam 2 hingga 4 petang. Peminat pastinya teruja dengan kehadiran artis-artis popular seperti Pesawat, 6ixth Sense, Altimet dan Sonaone.

Pada 13 November, jelajah Shout Awards 2010, akan berada di e@curve, Mutiara Damansara dari jam 1 hingga 3 petang. Antara artis yang terlibat ialah, Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna.

Selain berhibur, anda anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan memenangi pas-pas eksklusif ke Shout Awards 2010.

Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan 8Team di beberapa lokasi berdekatan seperti, HELP University (2 November), dan MMU Cyberjaya (10 November) pada jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Shout Awards 2010 yang mempertaruhkan beberapa anugerah seperti Power Vocal Award, Flava Award, Rockstar Award, Favourtie TV Host, Best Onscreen Chemistry Award, akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara eksklusif di saluran hip 8TV!

Untuk maklumat lanjut layari laman web Shout Awards 2010, Facebook Fan Page.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: