Friday, October 29, 2010

Bedah jantung di Jepun


MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ (kanan) ditemani ibunya, Khairiatul Akhmar untuk menjalani pembedahan jantung di Jepun.


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak, Muhammad Amirul Mukminin Khairuddin, 6, yang menghidap penyakit jantung bakal menjalani pembedahan di Hospital Universiti Okayama, Jepun atas tajaan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Kanak-kanak itu berlepas ke Jepun malam tadi ditemani oleh ibunya, Khairiatul Akhmar Anuar, 24, dan Pegawai Perubatan Senior Bahagian Kardiologi Kanak-kanak IJN, Dr. Rozaina Md. Said.

Pakar Perunding Kardiologi Pediatrik IJN, Dr. Hasri Samion berkata, kanak-kanak terbabit telah menjalani tiga pembedahan di IJN bermula pada Jun 2004 namun bahagian kanan jantungnya masih memerlukan pembedahan lanjutan.

"Masalah yang dihadapi Muhammad Amirul Mukminin adalah kes yang jarang dikesan berlaku iaitu anggaran lapan kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

"Pembedahan perlu dilakukan bagi membuka saluran darah yang sempit untuk mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badannya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: