Sunday, October 24, 2010

Suara Sukan cungkil bakat baru


SUARA Sukan memberi peluang kepada orang ramai mencuba nasib dalam bidang penyiaran.


BUKAN sekadar hanya memaparkan siaran langsung temasya sukan dalam dan luar negeri serta aksi-aksi atlet tempatan dan antarabangsa, malah saluran 24 jam pertama Malaysia, Astro Arena turut memberi peluang kepada orang ramai mencuba bakat dalam bidang penyiaran sukan.

Suara Sukan antara aktiviti dalam karnival Gelanggang 801 di mana objektif untukmembentuk kerjaya generasi muda sebagai wartawan, penyampai berita dan pengacaraan dalam bidang sukan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass, bidang penyiaran sukan kini seperti ketandusan personaliti dan bakat baru.

Dengan adanya program seperti itu sudah pasti akan melahirkan lebih ramai pengulas atau pelapor sukan tanah air.

“Karnival Gelanggang 801 adalah inisiatif kami untuk mendekatkan diri dengan pelanggan dan peminat-peminat sukan tanah air selain mempromosikan saluran tempatan ini serta sajian-sajian yang dipertontonkan.

“Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kaki-kaki sukan yang hadir. Antara aktiviti yang masih baru diperkenalkan ialah Suara Sukan di mana kami telah mengadakannya buat pertama kali di Stadium Sultan Muhammed ke-1V, Kelantan sempena pembukaan Piala Malaysia 2010 pada 14 September lalu,” katanya.

Katanya, sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ia adalah peluang buat generasi muda yang berminat dalam bidang penyiaran untuk mengembangkan lagi bakat mereka selain jaminan kerjaya bersama Astro Arena.

“Mungkin inilah masa buat mereka menonjolkan bakat yang ada. Mungkin satu hari nanti akan muncul pelapis baru kepada Datuk Rahim Razali, Sherkawi Jirim, Zulkarnain Hassan, Shaukei Kahar mahupun Hasbullah Awang,” katanya.

Peserta yang hadir ke sesi uji bakat itu akan di uji dengan melihat cara mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran studio di samping meneliti teknik peserta mengulas, membaca skrip, penghayatan dan pemahaman.

Sebelum dipilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Astro Arena, 20 finalis bertuah di setiap negeri akan di pilih dan di panggil menjalani latihan-latihan yang merangkumi etika kewartawanan teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita mahupun latihan melaporkan berita dari lokasi secara langsung.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran dunia penyiaran dan kewartawanan, mereka akan di beri peluang menimba ilmu bersama hos-hos dan penyampai di Arena seperti Akbar Sahari, Edleen Ismail, Rashid Salleh dan Zainal Abidin Rawop serta menemui tokoh-tokoh wartawan negara dan luar negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan.

Karnival Gelanggang 801 akan di adakan di seluruh negeri dan jika anda berminat untuk mencuba nasib, pastikan anda menghadiri Karnival Gelanggang 801 seperti didalam jadual di bawah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: