Sunday, October 24, 2010

Siapa Hanez Suraya?




KALAU nak sebut satu per satu nama artis baru di Malaysia ini, pasti ramai yang akan geleng kepala tanda tak kenal. Maaf cakap yer, kalau berlakon hanya sebagai pak pacak dalam beberapa buah drama macam mana orang nak kenal. Betul tak?

Macam cerita yang disampaikan oleh seorang teman wartawan kepada Syed baru-baru ini. Mengadu tentang hal artis baru bernama Hanez Suraya yang dikatakan cukup kekwat, eksyen dan sombong ketika sesi fotografi.

Alamak, Hanez Suraya mana ek? Jenuh juga Syed nak ingat artis yang mana satu, tapi yang penting dia bukan penyanyi Anis Suraya tu tau.

“Baru-baru ini aku ada sesi fotografi di sebuah hotel di tengah Kuala Lumpur. Kawan aku sorang lagi panggil si Hanez Suraya ni dan aku pula buat artis lain.

“Kau tahu tak artis perempuan ni cukup berlagak dalam satu sesi fotografi baru-baru ini. Dah lah tak tegur orang, pandang pun tidak. Buat muka berlagak kononnya dialah diva yang paling hebat dalam Malaysia ni.

“Bukan aku sorang je perasan tapi jurufoto yang bertugas pun siap geleng kepala dengan sikapnya yang kekwat mengalahkan artis international okey.

“Aku bukan apa, kalau macam inilah sikap dia, alamatnya tak pergi jauhlah. Kalau orang baru macam dia langsung tak ada rasa hormat pada orang, apa lagi nak buat?

“Paling tidak pun apa salahnya kau salam dan maniskan muka pada orang yang ada kat tempat tu. Tak rugi pun kalau buat baik dan saling hormat menghormati.

“Tapi kau tolong pesan dekat Hanez Suraya ni supaya ubah sikap. Selama ni majalah akulah yang banyak beri dia publisiti. Jadi , tolonglah hormat orang yang ada di situ. rasanya kalau kat majalah lain dia buat macam tu mesti kena banned punya! Tak kisahlah kau hartawan ke jutawan ke, yang penting sila hormat orang!

Ini dah kes berat, sabarlah brader wartawan ye. Nanti Syed tanya Hanez sendiri apa dah jadi sebenarnya ya.

Syed: Contohilah Siti Nurhaliza yang tak pernah menyombong.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: