|
|
BUKAN sekali Joyah menghubungi Saidah untuk mendapatkan komen isu rumah tangganya yang dikatakan bermasalah itu, tapi sudah banyak kali, okey. Sampai Joyah naik jemu nak mencari kakak kepada penyanyi nombor satu negara ni.
Joyah pasti ramai yang dah tahu tentang keretakan rumah tangga yang dibina bersama Mohd. Ghazali Yahya Zikri. Ibarat retak menanti belah sahaja.
Lalu berkumandang pelbagai spekulasi mengenai perkara tersebut. Orang ni kata macam tu, orang tu kata macam ni. Sampai pening kepala Joyah nak percaya yang mana satu.
Ramai yang dah kecoh kononnya Saidah akan memfailkan penceraiannya di mahkamah tak lama lagi. Joyah tahu tarikhnya, tapi tak perlulah nak dedah. Takut nanti ramai yang menyerbu mahkamah pula nanti.
Cuma Joyah sedikit pelik apabila Saidah enggan menjawab panggilan telefon mahupun SMS yang dikirimkan. Kot yer pun tak nak komen, sekurang-kurangnya jawablah telefon tersebut. Bukan apa, lambat laun orang akan tahu juga apa sebenarnya yang terjadi. Kalau berdiam diri begitu sekalipun bukannya menyelesaikan apa-apa masalah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: