Azam Pitt pernah menyertai pertandingan nyanyian My Starz LG. Namun rezeki tidak berpihak kepadanya. Ada yang tak perasan pun dia pernah bersama pertandingan yang dijuarai oleh Tom itu. Baru-baru ini namanya diperkatakan apabila turut berlakon dalam filem pendek Chukang arahan Suhaimi Lua Abdullah. Bila pengarahnya diburu orang yang tidak berpuas hati, namanya sebagai pelakon juga turut mendapat perhatian. Tak mahu menyanyi lagi dah ke Azam Pitt apabila mula mendapat perhatian dalam lakonan? Atau dia mahu tumpukan kepada lakonan kerana kemunculannya dalam filem itu telah membuka mata orang dalam industri lakonan. "Saya memang mahu menjadi penyanyi. Sebenarnya saya sudah merakam sebuah single berjudul Debar. Sekarang saya sedang berusaha untuk membolehkan lagu itu diputarkan di corong radio. "Saya harap peminat akan menerima saya apabila saya muncul dengan single nanti. Minat saya memang lebih ke arah nyanyian dan lakonan hanya sekadar mencuba bakat sahaja. "Bila saya dapat tawaran, saya hanya menerimanya kerana mahu mencuba. Bila dah cuba tu seronok juga berlakon," kata Azam. Sudah mula promosi Lagu Debar sudah diperdengarkan kepada rakan rapat serta peminat ketika diundang mengadakan persembahan. Nampaknya sudah ada peminat yang mula menghafal liriknya. Memang lagu itu boleh dianggap mesra pendengar kerana mudah diikuti. "Alhamdulillah ada kawan dan peminat yang memberikan feedback positif bila diperdengarkan lagu saya. Bila dapat feedback sedemikian saya semakin bersemangat untuk mempromosikan lagu Debar dengan lebih meluas," kata penyanyi kelahiran Sarawak itu lagi. Lagu ciptaan Esa Mustafa itu dirakam menggunakan modal sendiri. |
Sunday, October 24, 2010
Azam Pitt debarkan peminat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: