Saturday, October 16, 2010

Rumah baru Ambani 27 tingkat

MUMBAI: Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani sudah berpindah ke kediaman barunya setinggi 27 tingkat di Mumbai yang berharga £630 juta (RM3,150 juta).

BANGUNAN Antilia berdiri megah di bandaraya Mumbai.
BANGUNAN Antilia berdiri megah di bandaraya Mumbai.
Ambani, isteri dan tiga anaknya berpindah ke bangunan yang bernama Antilia, diambil sempena nama pulau khayalan. Ia mengandungi kelab kesihatan dilengkapi gimnasium, sekurang-kurangnya satu studio menari, dewan, beberapa bilik tetamu dan beberapa ruang istirahat serta panggung wayang 50 tempat duduk. Malah, terdapat taman tergantung dengan binaan siling untuk ditanam pokok kecil.


Bumbung bangunan dilengkapi tiga landasan pendaratan helikopter dan terdapat parkir bawah tanah yang memuatkan 160 kereta bagi kemudahan tetamu Ambani menghadiri parti rumah barunya.


Dari tingkat atas bangunan setinggi 173 meter itu dapat dilihat pemandangan indah bandaraya Mumbai dan Laut Arab.


Taikun berusia 53 tahun itu bukan saja lelaki paling kaya di India tetapi juga yang keempat terkaya di dunia. Secara keseluruhannya, dilaporkan terdapat 37,000 meter persegi ruang yang lebih luas daripada Istana Versailles.


Ia memerlukan 600 kakitangan untuk urusan penyelenggaraan.


Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki industri minyak, peruncitan dan bioteknologi yang dianggarkan bernilai £18 bilion (RM90 bilion). Dahulu beliau membantu menguruskan perniagaan sebelum berselisih faham dengan adiknya. Kaca, keluli dan jubin yang digunakan untuk membina bangunan itu dikatakan diperolehi daripada sumber tempatan. Ambani tidak terpengaruh dengan seruan Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya pemimpin perniagaan menjadi model kesederhanaan’.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: