Wednesday, October 20, 2010

Panasonic tawar CCTV definisi tinggi


LANCAR...Rusli (kiri) pada pelancaran sistem CCTV IP i-Pro Smart HD di Petaling Jaya, semalam.
LANCAR...Rusli (kiri) pada pelancaran sistem CCTV IP i-Pro Smart HD di Petaling Jaya, semalam.

PANASONIC Malaysia Sdn Bhd, mahu berbincang dengan kerajaan bagi menghasilkan idea kamera keselamatan litar tertutup definisi tinggi (CCTVHD) berasaskan protokol Internet sebagai salah satu usaha memantapkan peruntukan RM4.4 bilion yang dibentangkan ketika Bajet 2011 baru-baru ini.

Pengurus Besarnya, Rusli Baba berkata, syarikatnya memiliki keupayaan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang berupaya memenuhi hasrat kerajaan memulihkan sistem keselamatan negara.


“Keupayaan kami terbukti apabila kini dalam proses pelaksanaan projek pemasangan sistem keselamatan terbesar sebanyak 2,070 unit CCTV di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang selain projek lain membabitkan pihak berkuasa tempatan,” katanya.


Katanya, pemasangan sistem CCTV sekitar kawasan DBKL, Johor, Selangor dan terbesar akan siap menjelang pertengahan tahun depan yang dilengkapi teknologi terkini mengurangkan kadar jenayah.“Sehingga kini, segmen kamera keselamatan kami dijangka bakal menyumbangkan antara RM15 juta hingga RM20 juta kepada keseluruhan jualan syarikat bagi tahun kewangan tahun ini berdasarkan permintaan yang bertambah,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas pelancaran sistem CCTV IP i-Pro Smart HD di Petaling Jaya, semalam yang turut dihadiri Pengarah Urusannya, Jeff Lee.“Sebanyak 10 kamera IP dan perakam video rangkaian (NVR) dilancar yang bersesuaian kepada empat sektor iaitu pengangkutan awam, peruncitan, perbankan dan pendidikan,” katanya.Beliau berkata, selaras dengan itu Panasonic Malaysia kini bersedia menawarkan barisan produk CCTV berprotokol Internet terbaru yang ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding CCTV analog.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: