Wednesday, October 20, 2010

Legenda bola ke golf


pix_middle
pix_topright

DAVID Ginola berdepan tujuh tahun untuk meraih sasaran berikut dalam kehidupannya, menjadi ahli Jelajah Senior Eropah.

Bekas bintang antarabangsa Perancis itu berada di Celtic Manor bagi menyaksikan Piala Ryder awal bulan ini bagi melancarkan bidaan Golf National Paris untuk menganjurkan kejohanan edisi 2018.


"Ia pasti fantastik," katanya. "Lubang ke-18 di Golf National - saya tidak tahu sama ada anda pernah melihatnya - tapi ia amat cantik. Kami juga ada pemandangan menarik di sana dan di lubang kesembilan, 16, 18, 70,000 orang menyaksikan babak akhir Piala Ryder. Ia pasti menarik. Sebagai seorang warga Perancis saya pasti sukakannya."

Namun membawa acara berpasukan terulung sukan golf ke Perancis buat kali pertama bukanlah satu-satunya impian golf Ginola.


Bekas bintang Newcastle United, Tottenham Hotspur dan Aston Villa berusia 43 tahun itu mula berkecimpung dalam sukan golf di belakang rumah seorang rakan pada 1992 dan kini memiliki handikap empat.Dia mahu meraih handikap kosong dan bermain dalam Jelajah Senior di seluruh Eropah.


"Saya ada tujuh tahun lagi untuk mendapat kad saya," katanya. "Saya ingin satu hari saya boleh berkata setiap hari "mari pergi bekerja" dan kemudian keluar dan bermain golf."Untuk berubah daripada empat ke kosong anda perlu bekerja dalam cara berbeza bagi setiap aspek kecil permainan dan ia mengambil masa tapi jika anda mahu melakukannya anda perlu pergi ke 'bunker' beberapa jam dan berlatih dengan sejuta bola golf.


"Saya mula memukul bola ke jaring dan saya fikir "ini menarik, saya sukakannya". Jadi saya mula bermain, tanpa sebarang pelajaran, hanya berlatih selepas menonton video Nick Faldo pada sebelah malam dan kemudian pada sebelah pagi saya akan cuba dan mengingati apa yang saya lihat dan menggunakannya.


"Apabila anda bermain sukan seperti bola sepak menjadi tugas anda untuk memberikan tumpuan terhadap tugas anda dan saya tidak ada masa untuk berlatih secara betul. Permainan golf saya sudah meningkat kini. Saya bermain dengan (Sam) Torrance, (Sandy) Lyle dan (Ian) Woosnam hujung minggu depan di Cannes dan saya tidak sabar."

Pengalaman menyaksikan drama Piala Ryder di Wales menambah minatnya untuk melihat impiannya menjadi kenyataan, malah dia bergelut untuk memahami tekanan dihadapai pemain seperti Rory McIlroy dan Graham McDowell, berbanding kariernya sendiri.


"Saya tidak boleh bayangkan berusia 21 tahun, memiliki hayunan sempurna dan bermain pada Piala Ryder, mewakili Eropah, berdiri di kotak tee pertama dan mendengar orang melaungkan dan menyanyikan nama anda. Ia pasti menakjubkan.


"Saya boleh mengambil sepakan penalti di depan 80,000 penonton dan tidak ada sebarang tekanan. Saya bertahun-tahun berlatih mengambil sepakan itu dan saya bermain bola sepak sejak berusia lima tahun. Itulah yang saya lakukan.


"Apabila anda berdepan pukulan putt dari jarak 30 inci, itulah tekanan sebenar. Apabila anda mahu mengambil sepakan penalti di stadium yang penuh, bunyi bising tidak berhenti.


"Graham McDowell tampil bagi pukulan putt pada lubang ke-16 dan 50,000 penonton diam. Apabila pegawai kejohanan mengangkat pelekat tanda senyap, memang mereka senyap.


"Jadi ketika itu, dia tahu tumpuan sepenuhnya terhadap dia dan dia berseorangan. Ini adalah tekanan sebenar."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: