Saturday, October 16, 2010

Mallika hidupkan Naagin dalam Hisss

NAMA bintang ternama Bollywood, Mallika Sherawat sering dikaitkan dengan imej panas dan tubuh seksinya. Malah, Mallika atau nama sebenar, Reema Lhamba, 29, wanita India pertama ditawarkan bergambar bogel dalam majalah Playboy.

pix_middle

MENJADI...antara babak menarik dalam Hisss. BERANI...Mallika bergambar bersama ular ketika menghadiri Festival Filem Cannes ke-62.


Namun, Mallika menolak tawaran itu kerana ingin mengelakkan risiko disenarai hitam dalam industri perfileman India.

Justeru, tidak hairanlah, kelibat model jelita dan pelakon kontroversi ini sentiasa mencuri perhatian ramai sama ada di karpet merah tayangan filem Bollywood mahupun Holly­wood.

Terbaru, bintang seksi ini menjadi sebutan ramai apabila dilamar produksi filem Bollywood/Hollywood untuk beraksi dalam filem Hisss arahan Jennifer Lynch.

Hisss menceritakan me­ngenai dewi ular, Naagin yang pendendam dan menjelma menjadi wanita cantik. Naagin pergi ke bandar untuk mencari pasa­ngannya yang diambil dari hutan oleh warga Amerika, George Amerika.

Sebagai pelakon utama, Mallika mengakui filem itu mengangkat dirinya sebagai seorang pelakon berkaliber di Bollywood. Untuk menjiwai watak ular, Mallika mengalami proses menukar kulit dan mata. Naagin juga hanya makan korban sehingga mangsanya perlu berdoa untuk mendapat belas kasihan.“Terus terang, memang jarang pelakon mendapat watak seperti itu dan saya tetap nampak seksi dalam filem ini. Menjayakan filem ini satu pengalaman yang cukup bermakna.


“Saya berasa sangat sejuk ketika menjayakan penggambaran babak jatuh di Selatan Hutan Thekkady. Saya perlu berguling di lumpur dalam keadaan berbogel.“Orang ramai juga masih bercakap mengenai 17 ciuman yang dilakukan Naagin dalam filem ini. Saya pula percaya, sekurang-kurangnya saya mencium manusia dan bukan ular.

“Saya juga berasa sangat berlendir apabila menjilat dan mencium ular. Pengarah filem ini, Jennifer juga memberitahu supaya saya menjadi ghairah untuk menjiwai babak Nagin mencium ular itu,” katanya.

Mallika turut berhadapan cabaran besar ketika penggambaran Hisss. Katanya, sebagaimana kita tahu, ular adalah makhluk berdarah sejuk. Bagi menjiwai watak Naagin, Mallika perlu disolek dengan kesan khas yang membabitkan tempoh lebih empat jam sebelum penggambaran dimulakan.

“Saya juga tidak boleh minum air sepanjang hari dan tidak boleh ke tandas untuk buang air kerana memakai kostum ular yang lengkap,” katanya.

Bagaimanapun, Mallika juga nampaknya terpaksa berhadapan dengan kritikan kerana dikatakan sering buat gimik untuk menarik perhatian ­termasuk bergambar dengan ular sawa sepanjang 22 kaki untuk mempromosikan filem Hisss ketika menghadiri Festival Filem di Cannes ke-62.

“Saya tidak melihat bergambar seperti itu hanya untuk meraih perhatian ramai. Saya ke Cannes dengan pelakon Jackie Chan pada 2005 dan juga meraih perhatian ramai kerana Jackie adalah bintang filem antarabangsa. Tapi kali ini, saya bergambar dengan ular di Cannes kerana ingin mempromosikan filem Hisss dan meraih perhatian lebih meluas.

“Untuk meraih perhatian dengan bergambar seperti itu tidak memberi makna apa pun, tetapi meraih perhatian di Hollywood membuat saya berasa bangga. Selepas ­Aishwarya Rai dan filem Slumdog Millionaire, lebih banyak peluang terbuka untuk pelakon seperti kami,” katanya.

Bill Clinton minat Mallika

Dalam pada itu, tidak banyak publisiti mengenai Mallika dilaporkan di akhbar sejak beberapa tahun ini. Hanya gambarnya bersama selebriti terkenal sering dipaparkan di Internet. Mungkinkah dia selebriti kegemaran Bill Clinton apabila mengadakan pertemuan dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu.

“Beliau personaliti paling menarik yang pernah saya temui. Kami bercakap mengenai politik, filem Hisss dan Cinta Barrack yang juga filem yang saya jayakan di Los Angeles. Ia mudah kerana ia bukan filem serius,” katanya.

Sementara itu, Mallika yang kembali ke India untuk ­penggambaran filem Double Dhamaal juga nampaknya lebih suka bercerita pengalamannya selepas hampir setahun menetap di Los Angeles.

Ditanya sama ada dia ­merancang terus menetap di Los Angeles, Mallika ­menganggap Los Angeles dan Mumbai sebagai rumahnya.

“Saya akan bekerja di mana-mana negara pun tapi akhirnya akan kembali ke akar semula. Saya juga terbuka dari segi skrip yang bagus dan dari mana-mana negara pun di dunia ini. Saya juga suka berlakon dalam filem dari India Selatan, Jepun dan Korea,” katanya.

Tidak lengkap jika tidak ­me­nyentuh kehidupan ­peribadinya yang berstatus janda ini. Akui Mallika, dia memang tidak suka bercerita soal peribadi terutama berkaitan keluarga.

“Bagi saya, kejayaan dikecapi hari ini tidak mengubah apa-apa pun. Ibu dan anggota keluarga terdekat juga sudah mengubah sikap mereka pada saya. Maklumlah, mereka datang dari latar belakang tradisional dan konservatif.
“Soal perkahwinan pula, saya memang ingin mencari calon yang tepat. Kini, hanya anggota keluarga yang me­nyokong saya dari belakang,” katanya.

Namun, Mallika berkata, dia tidak berasa kesepian dalam hidupnya sekarang.
“Hidup saya tidak kosong dan masa saya sentiasa terisi. ­Se­orang adik saya ada menemani di sini dan saya juga mempu­nyai projek filem yang bagus.

“Tapi hati saya sudah terbuka untuk memiliki seorang lelaki dalam hidup. Mengapa tidak? Ada banyak pelakon yang mengajak saya keluar. Mereka adalah pelakon yang sangat popular dan saya dalam proses mempertimbangkannya.

“Saya juga masih menikmati kebebasan dalam hidup. Saya juga berasa sudah sampai masanya saya mengumumkan siapa teman lelaki saya sekarang,” katanya.

Hisss juga dibuat dalam versi bahasa Tamil, Telugu dan Malayalam. Filem terbitan Venus Records & Tapeni ini membabitkan lokasi penggambaran di hutan Kerala, Mumbai, Chennai, Madh Island dan di studio Filmistan.

Filem yang bakal menjengah pawagam di seluruh dunia bermula 22 Oktober nanti,
turut dibintangi Irfan Khan, Divya Dutta, Raman Trikha dan pelakon Amerika, Jeff Doucette.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Reema Lambha

TARIKH LAHIR: 24 Oktober 1981

TEMPAT LAHIR: Rohtak, Haryana, India

STATUS: Janda

PENDIDIKAN: Bidang Falsafah dari Miranda House, Delhi University.

KERJAYA: Model dan pelakon

ANTARA FILEM: Jeena Sirf Merre Liye, Khwahish, Kis Kis Ki Kismat, Murder, Bachke Rehna Re Baba, The Myth (China), Pyaar Ke Side Effects, Shaadi Se Pehle, Darna Zaroori Hai, Guru, Jhumpa-The Dancer, Aap Ka Suroor-The Real Love Story, Fauj Mein Mauj, Welcome, Dasavathaaram (Filem Tamil), Ugly Aur Pagli, Dhakrey’s Bed, Maan Gaye Mughal-e-Azam, Unveiled, Dashavatar.

PENCAPAIAN: Keahlian Dewan Penasihat Asia Akademi filem dan televisyen menyokong pendidikan filem di India dan disenaraikan Asia’s Sexiest Women (2006).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: