|
|
DALAM tempoh sebulan yang akan datang, Clarins, sebuah jenama kecantikan tersohor di negara ini akan mengumpul dana bagi memanfaatkan keperluan pendidikan anak-anak yatim dan juga kanak-kanak istimewa.
Melalui Kempen Amal Kami Prihatin yang dilancarkan di semua butik Clarins itu, wang yang dijana melalui penjualan produk akan digunakan untuk bantuan pendidikan.
Pengurus Besar Clarins, Tan Seong Teck, berkata, kempen tersebut diharap dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.
''Untuk itu, Clarins telah menghasilkan kotak makanan yang disertakan dengan beg penghangat untuk dijual kepada orang ramai.
''Melalui hasil jualan bekas tersebut, ia akan disalurkan terus kepada dua buah rumah anak-anak yatim dan kanak-kanak istimewa dalam memberi pendidikan yang berkualiti," katanya.
Katanya lagi, ia sebagai tanggungjawab sosial syarikat dalam memberikan kehidupan yang lebih selesa melalui pendidikan.
''Kami juga percaya, melalui pendidikan yang berkualiti, masa depan seseorang akan lebih terancang biarpun dilahirkan dalam keadaan yang kurang sempurna,'' ujarnya pada majlis pelancaran Kempen Amal Kami Prihatin di One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pada majlis pelancaran tersebut, beberapa pohon rosemary telah ditanam sebagai tanda pelancaran kempen tersebut.
Pemilihan pokok rosemary memandangkan ia turut digunakan dalam produk Clarin yang sememangnya mempunyai kuasa aroma, dan kesegaran.
Seong Teck berkata, setiap anak berhak mendapat kasih sayang dan penjagaan yang sempurna untuk membolehkan mereka membesar dengan sempurna.
''Justeru Clarins sentiasa menjadikan perjuangan menyokong kanak-kanak sebagai satu keutamaan.
''Kami juga menjadikan kempen ini sebagai acara tahunan yang bertujuan untuk menyokong pendidikan kanak-kanak dengan meningkatkan kadar celik huruf menerusi pendidikan,'' katanya lagi
Kempen itu juga mendidik dan memberi pengetahuan dan menggalakkan kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan yang sihat
''Kami percaya bahawa kanak-kanak juga mesti mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat untuk membolehkan mereka belajar.
''Tabiat makan yang sihat di kalangan kanak-kanak penting dan ini bermakna pengambilan jenis makanan supaya mereka mendapat segala khasiat yang diperlukan," katanya.
Sepanjang bulan November dan Disember, orang ramai juga boleh menyokong kempen dengan membeli bekas makanan Clarins.
Bekas makanan tersebut boleh didapati di semua kaunter Clarins dan juga Spa Kulit Clarins di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: