GEORGE TOWN - Peniaga santan di negeri ini rugi besar dan bakal gulung tikar ekoran masalah kekurangan bekalan kelapa daripada pemborong tempatan sejak lebih seminggu lalu.
Masalah itu dihadapi hampir 70 peratus peniaga di sekitar pasar di Bayan Baru, Bayan Lepas, Taman Tun Sardon, Gelugor dan sekitar pusat bandar di sini sehingga mereka berdepan dengan kerugian besar.
Berikutan bekalan kelapa gagal dihantar pemborong yang rata-rata dari Seberang Jaya dan Kepala Batas, peniaga kini terpaksa menaikkan harga jualan 100 peratus.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati harga bagi satu kilogram (kg) santan dijual pada harga RM6.00 berbanding harga sebelum ini RM4.20, isi kelapa yang belum diparut RM3.40 (sebelum ini RM1.80), kelapa parut RM5.00 (RM4.00 sebelum ini) manakala kelapa biji dijual pada harga RM1.60 daripada RM1.30 sen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: