KANGAR - Mangsa penipuan biasanya melibatkan wang tunai mahupun barangan kemas namun lain pula yang terjadi kepada seorang peniaga kain di Lorong Medan Bazar di sini semalam.
Mangsa, Ghazali Osman, 53, sebaliknya ditipu oleh seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dia melarikan barangan untuk ibadah seperti sejadah, tele- kung dan kain pelikat.
Prihatin terhadap permintaan 'pegawai' itu yang memesan barangan tersebut kononnya mahu diagihkan kepada pusat jagaan orang-orang tua Utan Aji di sini, Ghazali tidak mengesyaki apa-apa.
Ghazali memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.30 pagi dan 'pegawai' tersebut yang berumur dalam lingkungan 30-an berpakaian kemas serta memandu kereta Perodua Kancil.
"Dia (suspek) memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan memesan 30 helai sejadah, 50 kain pelikat, 40 helai kain batik dan 20 helai telekung yang keseluruhannya berjumlah RM2,170," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: