Friday, October 1, 2010

5 juta tong sampah percuma


PEMBERIAN lima juta tong sampah membolehkan orang ramai mengasingkan sampah sisa organik dan kitar
semula. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sebanyak lima juta tong sampah bergerak bagi pembuangan sisa organik seperti makanan akan diagihkan secara berperingkat kepada semua kediaman di Semenanjung Malaysia pada tahun 2012.

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Nazri Yahaya berkata, setiap kediaman akan menerima sebuah tong sampah percuma yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti kitar semula dan menjaga alam sekitar.

“Penyediaan tong sampah tersebut adalah untuk membolehkan pemilik kediaman mengasingkan sampah sisa organik dengan sampah yang boleh dikitar semula.

“Kutipan sampah organik akan dilakukan dua kali seminggu, manakala sampah boleh dikitar semula akan dikutip sekali seminggu menggunakan lori yang disediakan khas untuk tujuan berkenaan,” katanya selepas pelancaran kempen kitar semula kotak minuman Lindungi Hutan Hujan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: