Sunday, October 24, 2010

Bangunan paling pelik




SELAIN keindahan alam dan keunikan budaya, seni bina merupakan satu daripada daya tarikan paling utama semasa melancong. Ini seperti yang disaksikan di Tembok Besar China, Menara Eiffel dan Angkor Wat.

Kehebatan pada sesebuah bangunan mampu menceritakan pelbagai kisah selama mana ia bertahan. Purba atau moden, seni bina yang menarik pasti menjadi tumpuan dan kebanggaan.

Namun tarikan tidak semestinya pada struktur yang tinggi mencakar langit atau melebar sebesar piramid.

Di negara Barat misalnya, seni reka bentuk bangunan mempunyai takrifan yang lebih unik dan meluas.

WOW! kali ini membawa anda ke beberapa destinasi yang menawarkan tarikan seni bina bangunan paling pelik malah tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Rumah Crooked

SEKALI pandang bangunan ini kelihatan tidak ubah seperti gambar yang diubah menggunakan perisian penyuntingan imej. Tetapi ia sebenarnya adalah bangunan yang sebenar.

Terletak di lorong Bohaterow Monte Cassino, Poland, bangunan dengan nama Kryzwy Domek ini berada di tangga paling atas dalam senarai 50 bangunan paling pelik di dunia.

Seni reka menakjubkan ini dihasilkan oleh arkitek, Szotynscy & Zaleski yang mendapat ilham daripada lukisan fantasi oleh Per Dhlberg dan Juan Marco Szancer.

Bangunan seluas kira-kira 1,333 meter persegi yang disiapkan pada tahun 2004 kini menempatkan kedai kecantikan, pub, restoran dan stesen penyiaran radio dengan dekorasi cermin pelbagai warna dan hiasan dinding batu.

Bagi pelancong yang melawat ke pekan Sopot, Rumah Crooked ini merupakan tarikan utama yang harus dilawati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: