TV3 membawa sebuah program automotif, Auto yang memaparkan informasi terkini dan segar untuk tontonan umum.
Setiap episod mempunyai tema yang berlainan bergantung kepada kenderaan yang dipaparkan seperti kereta sedan, ‘sports car’, hybrid, MPV, SUV dan banyak lagi. Bukan hanya tentang kereta, AUTO juga turut memaparkan tentang motosikal.
Pelbagai tips dan panduan yang pastinya berguna buat penonton khasnya pemilik dan penggemar automotif turut dipaparkan.
Terdapat lima segmen khusus sepanjang 13 episod yang bakal ditayangkan iaitu ‘Test Drive’, ‘Hobi’, ‘Maintenance’, ‘Personaliti’ dan ‘Event’.
Menerusi segmen personaliti misalnya, Auto akan menjemput selebriti bersama kenderaan mereka seperti Fauziah Latiff dengan motorsikal Ducati Hypermotard 769 dan Puteri Ayu Jasmin dari Redbull Racing Team dengan kereta Subaru Impreza WRX STI.
Penerbit Eksekutif program tersebut, Mohd Said Abdullah Thani berkata, Auto merupakan program pemotoran yang menepati cita rasa orang ramai.
“Auto memfokuskan hampir kesemua jenis kenderaan, dari Mini Cooper Classic dan Bentley S3 hinggalah model terkini. Bersesuaian sebagai platform untuk pemandu lebih mengenali kenderaan mereka atau yang baru merancang untuk membeli sesebuah kenderaan. Diharapkan ia dapat menjadi salah satu medium buat penonton yang meminati permotoran,”katanya.
Dihoskan oleh Sharifah Jasmine Soraya, Auto kini menemui penonton TV3 setiap Ahad, jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: