Tuesday, October 5, 2010

Amirul menakjubkan

LAGU negaraku berkumandang di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru apabila atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim menepati ramalan untuk menghadiahkan pingat emas pada hari pertama Sukan Komanwel semalam dengan mengungguli acara 56kg.

GAGAH...gaya Amirul mengangkat bebanan dalam  kategori 56kg, semalam.
GAGAH...gaya Amirul mengangkat bebanan dalam kategori 56kg, semalam.
Badang negara itu memastikan penguasaan Malaysia dalam acara itu berterusan sejak 2002 di Manchester dan 2006 di Melbourne dengan mencipta rekod baru dalam acara snatch dengan angkatan 116kg sebelum cemerlang pada acara clean and jerk melepasi bebanan 141kg untuk mengumpul jumlah keseluruhan 257kg.


Amirul, atlet kelahiran Rompin, Pahang mengetepikan tentangan dua wakil tuan rumah Sukhen Dey yang meraih pingat perak dengan angkatan 252kg manakala rakan senegaranya, Srinivasa Rao terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan angkatan 248kg.


Bagaimanapun rentak gemilang Amirul itu bagaimanapun gagal dituruti atlet muda negara, Mohd Shafiq Ismail terkeluar daripada persaingan selepas gagal dalam ketiga-tiga percubaan mengangkat bebanan acara clean and jerk 130kg meskipun bermula baik dalam acara snatch sebelum itu dengan menduduki tangga ketiga apabila berjaya mengangkat bebanan 109kg.


Amirul pemenang tiga pingat emas di Manchester 2002 bagaimanapun sekadar menyaksikan Mohd Faizal Baharom meraih emas pada edisi empat tahun selepas itu di Melbourne selepas dia tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan dua tahun gara-gara kerana kesalahan penggunaan dadah terlarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: