KUALA LUMPUR - Bank Muamalat mengunjurkan nilai depositnya bertambah sebanyak RM500 juta dalam enam bulan akan datang berikutan pelancaran Kempen Cash Bonanza 2010.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Musa Abdul Malek berkata, bank itu juga dijangka mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM1 bilion sepanjang tempoh kempen tersebut yang akan bermula hari ini dan berakhir pada 31 Mac 2011.
"Statistik ini bersamaan dengan pertumbuhan yang diunjurkan sebanyak 20 peratus daripada kedua-dua segmen deposit dan pembiayaan," katanya selepas melancarkan kempen itu di sini semalam.
Musa menjelaskan, Bank Muamalat akan memberi tumpuan terhadap produk perbankan pengguna dengan tujuan untuk meningkatkan deposit dan juga pembiayaan pengguna ke arah menepati sasaran pertumbuhan bank itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: