Friday, September 3, 2010

Takaful keluarga mulai Jun 2011


TEK KUANG (kiri) dan Ashok pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - AMMB Holdings Bhd. (AMMB), satu daripada empat usaha sama yang mendapat lesen takaful keluarga, akan memulakan perniagaan pada Jun 2011, kata Pengarah Urusan Kumpulan AMMB, Cheah Tek Kuang.

"Kami memberikan masa sembilan bulan kepada diri kami sendiri untuk bermula," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan AMMB, Ashok Ramamurthy.

Dalam usaha sama bagi lesen takaful itu, AMMB memegang 70 peratus pegangan dengan baki 30 peratus dimiliki Friends Provident Group Plc. dari United Kingdom.

Usaha sama lain yang memperoleh lesen tersebut ialah usaha sama antara American International Assurance Bhd. (70 peratus) dengan Alliance Bank Malaysia Bhd. (30 peratus); ING Management Holdings (M) Sdn. Bhd. (60 peratus), Public Bank Bhd. (20 peratus) dan Public Islamic Bank Bhd. (20 peratus); The Great Eastern Life Assurance Company Ltd. (70 peratus) serta Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. (30 peratus).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: