Wednesday, September 1, 2010

Shahir teringat kemalangan musim raya

Tahun ini suasana Hari Raya Aidilfitri bagi Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir AF8 pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Kalau dulu bertandang ke rumah saudara-mara dan menunggu kedatangan saudara ke rumah, tahun ini Shahir menunggu kehadiran peminat ke rumahnya di Kampar, Perak.

Shahir tidak sabar menunggu detik itu walaupun belum lagi tahu sempai bila dia akan bercuti sebab menunggu jadual memenuhi undangan yang diaturkan oleh pihak Astro Entertainment.

Apa kenangan raya Shahir? Shahir mahu kongsi kenangan pahit menyambut hari raya tahun lalu.

Shahir mahu berhati-hati di jalan raya

"Tahun lalu saya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dua hari sebelum hari raya kawan saya menelefon memberitahu dia tidak dapat menempah tiket bas untuk balik ke kampung. Dia minta saya menjemputnya di Kuala Lumpur.

"Semasa dalam perjalanan pulang, saya mengantuk sangat sehingga melanggar kereta di hadapan. Nasib baiklah saya tak cedera. Kereta pula masih boleh dilandu walaupun kemek akibat kemalangan itu.

"Saya harap tahun ini kejadian itu tidak akan berul;ang l;agi. Saya juga akan pastikan menjaga keselamatan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini," kata Shahir yang akan beraya di rmah keluarganya di Taman Bandar Baru Kampar.

Shahir juga akan beraya d rumah neneknya di Gopeng, Perak. Rumah neneknya wajib dikunjungi kerana kesemua anggota keluarga berhimpun di sana. apatah lagi dia memiliki anggota keluarga yang ramai.

"Tahun ini saya sudah tempah baju raya berwarna biru kerana mahu ikut warna tema kelab peminat saya," ujar Shahir lagi.

Album tahun depan

Peminat Shahir sedang menanti kemunculan album penuhnya. Naampaknya mereka kena tunggu sehingga tahun depan. Sebagai pengubat, sebuah single baru akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Shahir tidak melihat kelewatan memasarkan album penuh sebagai kerugian, kerana dia sememangnya sibut dengan pelbagai aktiviti yang diaturkan.

"Ini strategi syarikat yang mahu terbitkan beberapa single dulu sebelum pasarkan album saya. Saya ikut saja lagipun saya tak mahu membuatnya secara terburu-buru. Saya sudah dapat beberapa buah lagu dan akan menjalani rakaman tidak lama lagi.

Tunggu peminat di hari raya nanti

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: