Thursday, September 2, 2010

Segar diri guna solekan

MENJELANG Aidilfitri, wanita pasti ingin kelihatan cantik serta menawan.
Walau apa juga padanan dikenakan, mereka tentu mahukan yang terbaik dari hujung rambut hingga hujung kaki.

MENAWAN...jubah bercorak abstrak ringkas berperincian manik pada tangan dan leher   memberikan kesan   menawan dan sopan apatah lagi digayakan pada pagi Syawal (gambar kiri). MODEN...Safawati teruja mengenakan jubah ala   kaftan putih polos.   Perincian terserlah menerusi jahitan manik mewah pada leher dan tengah dada serta tangan kembang berjurai. Penampilan sebegini sesuai digayakan wanita moden yang ingin tampil menawan pada pagi Syawal.
MENAWAN...jubah bercorak abstrak ringkas berperincian manik pada tangan dan leher memberikan kesan menawan dan sopan apatah lagi digayakan pada pagi Syawal (gambar kiri). MODEN...Safawati teruja mengenakan jubah ala kaftan putih polos. Perincian terserlah menerusi jahitan manik mewah pada leher dan tengah dada serta tangan kembang berjurai. Penampilan sebegini sesuai digayakan wanita moden yang ingin tampil menawan pada pagi Syawal.

SEBELUM...wajah Safawati Mustaffa sebelum disolek. BEDAK ASAS...paduan bedak asas cecair  Maquicreme 04 Lancome disapu ke wajah. Kemudian ditambah dengan bedak debu Maqui UV Infinate 25. Sapuan rata ke seluruh wajah termasuk leher memastikan rona kulit sekata. KENING...sekiranya tidak mahu alis dicukur, bentukkan menggunakan celak mengikut ukuran yang tepat agar kedua-dua bahagian alis sekata dan sama bentuknya. MASKARA...penggunaan maskara mampu memberi kesan lebih menawan kepada si pemakai. PEMERAH PIPI...pemerah pipi akan memberikan kesan lebih segar serta senyuman lebih menawan. Sapukan dari bawah ke atas secara bertompok. GINCU...solekan terakhir yang sangat penting adalah pada bibir. Cari gincu sesuai mengikut bentuk bibir sama ada nipis, sederhana atau tebal. Kemudian oleskan pengilat bibir agar seri terserlah. Safawati menggunakan La Rouge Absolue 210 dan Color Fever Gloss 270.


BEDAK ASAS...paduan bedak asas cecair Maquicreme 04 Lancome disapu ke wajah. Kemudian ditambah dengan bedak debu Maqui UV Infinate 25. Sapuan rata ke seluruh wajah termasuk leher memastikan rona kulit sekata.
Jika biasa mengenakan busana baju kurung atau kebaya, apa kata tampilkan kelainan pada pakaian menerusi pilihan jubah serta gaun potongan kaftan yang ringkas, tetapi sangat menyerlah.

Ia sesuai untuk wanita moden yang sangat mementingkan penampilan.
Jubah bercorak abstrak serta gaun ala berpotongan kaftan ilham ringkas Ashley@Kapas mungkin nampak mewah serta elegan.

Namun apabila disarungkan ke tubuh tinggi lampai, penampilan pasti bertukar menjadi lebih moden, tetapi tidak meminggirkan ciri wanita Muslimah menerusi tudung siap sewarna serta selendang menambah keayuan.

Jika busana sudah dipilih, penampilan tidak sempurna tanpa solekan. Mahu solekan segar sesuai penampilan, pilih warna lembut seperti merah jambu untuk gincu serta pembayang mata biru serta sedikit sentuhan coklat yang membuatkan penampilan lebih terserlah. Elakkan menggunakan warna garang serta terang.

Ini kerana padanan busana mewah serta sarat manik yang tentunya membuatkan penampilan agak 'berat' serta melarikan tumpuan mata tetamu.


Ramai bertanya apa ada pada solekan, namun dengan hanya secalit gincu, maskara serta pembayang mata, Aidilfitri yang dinanti menjadi lebih bermakna.

Apatah lagi bagi anda yang ingin meraikan tetamu di rumah. Sambil bermaaf-maafan pasti banyak cerita yang ingin dikongsi bersama, justeru, solekan yang segar dan indah akan membuatkan penampilan tidak lekang menjadi tumpuan mata tetamu.1. SEBELUM...wajah Safawati Mustaffa sebelum disolek. Gadis manis ini memiliki kulit cerah dan agak sensitif kepada alat solek. Kelebihannya pada matanya yang hitam memikat. Sedikit solekan sudah cukup menyerlahkan penampilannya.

2. BEDAK ASAS...paduan bedak asas cecair Maquicreme 04 Lancome disapu ke wajah. Kemudian ditambah dengan bedak debu Maqui UV Infinate 25. Sapuan rata ke seluruh wajah termasuk leher memastikan rona kulit sekata.

3. KENING...sekiranya tidak mahu alis dicukur, bentukkan menggunakan celak mengikut ukuran yang tepat agar kedua-dua bahagian alis sekata dan sama bentuknya.

4. MASKARA...penggunaan maskara mampu memberi kesan lebih menawan kepada si pemakai. Pastikan sapuan maskara mengikut bentuk zig zag kemudian dilakukan secara berulang dari atas dan bawah. Pastikan anak mata menghala ke bawah ketika sapuan dilakukan.

5. PEMERAH PIPI...pemerah pipi akan memberikan kesan lebih segar serta senyuman lebih menawan. Sapukan daripada bawah ke atas secara bertompok.

6. GINCU...solekan terakhir yang sangat penting adalah pada bibir. Cari gincu sesuai mengikut bentuk bibir sama ada nipis, sederhana atau tebal. Kemudian oleskan pengilat bibir agar seri terserlah. Safawati menggunakan La Rouge Absolue 210 dan Color Fever Gloss 270.

7. MENAWAN...jubah bercorak abstrak ringkas berperincian manik pada tangan dan leher memberikan kesan menawan dan sopan apatah lagi digayakan pada pagi Syawal.

8. MODEN...Safawati teruja mengenakan jubah ala kaftan putih polos. Perincian terserlah menerusi jahitan manik mewah pada leher dan tengah dada serta tangan kembang berjurai. Penampilan sebegini sesuai digayakan wanita moden yang ingin tampil menawan pada pagi Syawal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: