Thursday, September 2, 2010

Raket tarikan utama

TENIS bukan lagi dimainkan di peringkat kelab sebaliknya menjadi salah satu sukan yang semakin berkembang pesat di Amerika Syarikat (AS) apabila ramai rakyat negara itu kini mencari aktiviti masa lapang yang murah ketika ekonomi meleset.

pix_middle
Dalam lapangan profesional, Terbuka AS membuka tirai saingan minggu ini namun jika jumlah penonton terkini diambil kira, tidak ramai rakyat Amerika akan menyaksikannya seperti tahun-tahun sebelum ini.


Kehadiran Roger Federer, Rafeal Nadal, Venus Williams, Kim Clijsters serat ramai bintang dunia lain tidak lagi menjadi daya tarikan.


Ketika ini, ramai yang lebih suka membeli raket berbanding alat kawalan jauh. Jumlah rakyat Amerika bermain tenis meningkat 43 peratus kepada 18.5 juta dari 2000 hingga 2009, menurut Persatuan Pengeluar Barangan Sukan (SGMA).


Ini memberi perkembangan baik untuk sukan tradisional tidak seperti sukan lain seperti lakros dan ping pong.


Bagaimanapun golf yang turut sinonim dengan tenis asas di peringkat kelab yang kuat menunjukkan penurunan.


SGMA berkata, sukan golf menurun lima peratus tahun lalu kepada 27.1 juta pemain meskipun skandal Tiger Woods belum timbul.


Menurut pakar, kegilaan terhadap tenis sekarang tidaklah sehebat fenomena yang dicetuskan selebriti pada 1970an apabila pemain profesional Amerika seperti Jimmy Connors, Billie Jean King dan Arthur Ashe mendominasi permainan sekali gus mendorong pemain amatur bermain untuk mengikut jejak langkah idola mereka.


"Peningkatan terbaru dalam tenis ini sudah dirancang, kami bekerja keras sejak sekian lama," kata ketua eksekutif komuniti tenis Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) Kurt Kamperman.


Pemerhati tenis merujuk kepada berita utama majalah Sports Illustrated 1994 dengan tajuk utama "Adakah Tenis Sudah Mati? Cerita itu ditulis ketika sukan itu kurang mendapat sambutan apabila peneraju sukan itu memutuskan untuk mencari pemain baru.


Pada 1998, penganjur Terbuka AS, USTA memperuntukkan AS$36 juta (RM113.2 juta) untuk mengembangkan sukan di peringkat tempatan. Langkah itu dilihat berjaya dengan USTA ketika ini sanggup menambah perbelanjaan lebih AS$40 juta (RM125.8 juta) setahun.

Pengeluar barangan tenis seperti Wilson, Head dan Prince turut melabur berjuta-juta dolar untuk menawarkan tunjuk ajar secara percuma dan taman-taman awam menjadi pusat tenis untuk menarik pemain baru.


Malah penemuan terbaru Persatuan Industri Tenis menunjukkan "kardio tenis" sebagai aktiviti terbaru tenis.


Pada masa yang sama, jumlah penonton tenis AS menurun apabila pemain-pemain Eropah seperti bintang Sepanyol Rafael Nadal yang menjuarai Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini menunjukkan penguasaan. Tahun lalu, 2.6 juta rakyat Amerika menyaksikan Terbuka AS berbanding 5.5 juta pada 1991, jelas Nielsen Co.


Menurut pakar, keadaan ekonomi juga membantu mempopularkan tenis sebagai sukan yang diterima ramai.Rick Horrow yang bertemu pakar sukan di Sekolah Undang-Undang Harvard dan penulis "Beyond the Box Score", berkata selain bola sepak yang menjadi tarikan baru di AS sejak Piala Dunia termasuk kehadiran bintang England David Beckham, tenis adalah perkara baru yang mendapat perhatian. "Golf adalah sukan yang agak mahal dan ekslusif untuk dimainkan. Sementara tenis pula sukan yang mudah dimainkan khususnya dalam ekonomi semasa," kata Horrow.


Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam sukan tenis boleh membeli raket dengan harga serendah AS$15 (RM47). Dengan AS$200 (RM629), pemain tahap novis boleh mendapatkan raket berkualiti tinggi yang digunakan bekas pemain nombor satu dunia, Roger Federer dari Switzerland.


Gudang yang menawarkan tukar beli raket, bola, aksesori dan alat kelangkapan sukan berjumlah AS$242 juta (RM762 juta) di AS tahun lalu, kata SGMA.


Matt Powell yang membuat analisa bersama Sport One Source berkata, pemilik jenama Wilson Amer Sports mendahului 38 peratus pasaran barangan tenis diikuti Head NV dengan 20 peratus dan Prince Sports Inc, 19 peratus.


Ketika harga murah banyak membantu mempopularkan sukan itu semula, mereka juga berdepan cabaran dalam industri berkenaan.


"Ada sedikit masalah," kata pengurus besar seluruh dunia raket sukan Wilson, John Muir.


Sebagai contoh, harga bola masih kekal sejak 1970an meskipun harga meningkat," katanya. Pihak industri bercadang untuk meningkatkan jualan dengan menarik ramai pemain lebih kerap bermain yang membolehkan mereka menukar raket lebih cepat.


Tenis juga berkembang di Asia namun sumber dalaman industri itu berkata, jumlah pemain baru teramai adalah di AS.


"Jika anda mahu memilih negara lebih spesifik, AS adalah negara yang lebih berkembang sejak sembilan tahun lalu," kata Muir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: