Thursday, September 23, 2010

Pemandu teksi ke tali gantung


MOHD. FAZLI (tengah) diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati semalam.


SHAH ALAM – Selepas tujuh bulan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan, Syafiah Humaira Sahari berlangsung, Mahkamah Tinggi di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil.

Hukuman itu dijatuhkan bertepatan dengan hari jadi Mohd. Fazli yang ke-28 semalam.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan yang diwakili oleh peguam Gurbachan Singh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: