|
|
KAJANG – “Saya lega, kini saya tiada halangan untuk keluar bekerja, saya tidak mahu masa depan yang gelap untuk anak-anak saya.”
Demikian kata Julia Daud di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas dia diceraikan dengan talak satu oleh bekas suaminya yang juga pelakon serta model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani.
Julia kini merancang untuk mencari pekerjaan yang lebih baik bagi menanggung dua anaknya, Siti Batrisyia, 3, dan Badrul Hidayat, 7 bulan selain berpindah bagi mencari ketenangan.
Dia yang kini bekerja sebagai pengurus acara dan penari sambilan bagaimanapun terdiam seketika apabila ditanya kemungkinan akan rujuk semula dengan Badrul Muhayat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: