Bintang Hannah Montana, 17 dipercayai telah berpisah dengan kekasihnya, Liam Hemsworth dan telah disahkan Rabu lalu.
Pasangan yang mula berpacaran sejak berjumpa di set filem The Last Song dikatakan tidak bersama lagi setelah Liam mengakui kepada rakannya bahawa dia kini kembali ‘single’.
Liam dilaporkan tidak bersama dengan Miley kerana cemburu apabila penyanyi dan pelakon itu beraksi ghairah di atas pentas.
“Dia cemburu walaupun dia tahu itu merupakan sebahagian dari kerja Miley, tetapi dia tidak sanggup melihat ramai jejaka menggilai Miley,” kata suatu sumber terdekat mereka.
Menurut sumber tersebut, mereka selalu bergaduh mengenai perkara tersebut dan sifat cemburu Liam tidak dapat menyelesaikan masalah.
“Dia mahu memastikan apabila Miley di bawah pentas semuanya adalah mengenai mereka dan bukan mengenai lelaki lain atau peminat,” tambah sumber tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: