Thursday, September 23, 2010

Mencari haruman terbaik


Corina Loi (dua dari kiri) bersama kakitangan Sasa pada majlis pelancaran Anugerah Haruman dan Warna Sasa Terbaik 2010.


BAGI sesetengah individu minyak wangi atau haruman yang digunakan mampu mencerminkan personaliti dan imej diri.

Justeru bagi golongan ini, memilih wangian yang digemari adalah sesuatu yang sangat peribadi dan tidak dibuat secara sembarangan.

Menghargai nilai-nilai tersebut jenama kosmetik terkenal, Sasa memperkenalkan Anugerah Haruman dan Warna Sasa Terbaik 2010.

Melalui anugerah tersebut pengguna jenama berkenaan berpeluang membuktikan kesetiaan mereka dengan mengundi haruman kegemaran.

Bermula sekarang sehinggalah 30 September, pengguna boleh berkunjung ke mana-mana butik Sasa untuk mengundi haruman pilihan sekali gus berpeluang memenangi hadiah menarik.

Menurut Pengurus besar Sasa, Corina Loi, selain atas kapasiti strategi pemasaran, pengenalan anugerah tersebut juga bertujuan memberi maklumat kepada pengguna mengenai panduan pemilihan wangian yang sesuai.

''Melalui cara ini juga, memberi peluang kepada pelanggan untuk bertemu dengan kami serta berpeluang berkongsi pengalaman dalam bidang haruman ini,'' katanya pada majlis pelancaran anugerah tersebut di Midvalley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, sebagai peruncit kosmetik dan haruman terkemuka, anugerah itu menjadi platform untuk mempersembahkan jenama premium yang ditawarkan kepada pengguna.

Malah ia juga dapat meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai untuk memilih haruman yang terbaik untuk diri mereka.

Bersempena dengan anugerah itu juga, Sasa menyediakan pelbagai program menarik seperti pameran, bengkel, ceramah dan sesi percubaan sampel haruman.

Anugerah Haruman dan Warna Sasa 2010 dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu Haruman Wanita Terbaik, Haruman Lelaki Terbaik, Haruman Pasangan Terbaik dan Haruman Sepanjang Tahun.

Selain itu, tiga anugerah sampingan iaitu Wangian Manis dan Hangat, Ketenangan dan Keceriaan, serta Bebas dan Moden.

Lebih menarik bagi setiap borang penyertaan undian, pengguna berpeluang membawa pulang baucer bernilai RM20 untuk membeli haruman yang dicalonkan.

Dengan setiap pembelian itu pula, pengguna layak menyertai cabutan bertuah bagi memenangi pelbagai hadiah menarik.

Sementara itu, pada majlis pelancaran itu juga Sasa mengambil kesempatan memperkenalkan duta barunya, pelakon Nora Danish.

Nora yang akan mengikuti siri jelajah Sasa menyifatkan pemilihannya sebagai duta jenama tersebut sebagai penghargaan yang cukup bermakna.

Menurutnya, dia sendiri telah menggunakan produk dari Sasa untuk kegunaan harian sepanjang bergiat dalam bidang seni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: