Wednesday, September 1, 2010

KTMB rancang kereta api elektrik antara bandar


KERETA api elektrik yang dijangka diperkenalkan oleh KTMB untuk perkhidmatan antara bandar bagi laluan pantai barat Semenanjung dalam tempoh lima tahun lagi.


KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) bakal memperkenalkan koc perkhidmatan antara bandar menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh lima tahun lagi bagi laluan di bahagian pantai barat Semenanjung.

Pengurus Besar Perkhidmatan KTMB Antara Bandar, Mohd. Zain Mat Taha berkata, perkhidmatan itu akan diperkenalkan di laluan Seremban ke Gemas dan Ipoh ke Padang Besar kerana fasiliti kabel elektriknya sudah ada.

"Perkhidmatan ini menggunakan kuasa elektrik yang akan menggantikan perkhidmatan sekarang iaitu koc-koc menggunakan lokomotif," katanya selepas program sambutan Ambang Merdeka anjuran KTM Antara Bandar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: