Wednesday, September 1, 2010

Ibu bingung anak gadis enggan pulang


ZALINA menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya, Nur Raihan di Batu Berendam, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang ibu, Zalina Mahat, 45, bingung memikirkan sikap anak perempuannya yang tidak mahu pulang ke rumah selepas tinggal bersama kakak ipar ibunya itu pada 5 Julai lalu.

Lebih mengejutkan, anak kesayangannya itu, Nur Raihan Ridhwah Mazlan, 22, tergamak membuat laporan polis pada 9 Julai lalu dan mendakwa dia lari dari rumah atas kerelaan hati selain tertekan dengan keluarganya.

Menurut Zalina yang juga ibu kepada empat orang anak itu, dia tidak tahu punca sebenar Nur Raihan tidak mahu pulang ke rumah.

“Setakat ini sebanyak enam laporan polis telah dibuat dari 5 Julai hingga 20 Julai lalu termasuk meminta bantuan jabatan agama, kebajikan dan mahkamah.

“Namun pihak berkuasa masih melarang saya dan suami, Mazlan Chekman membawanya pulang dengan alasan dia sudah dewasa,’’ katanya ketika ditemui di Taman Sutera Belia, Batu Berendam di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: