Tan Sri Musa Hassan
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, yang tamat pada 12 September ini dan bakal digantikan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuat kuasa selepas tarikh berkenaan.
“Sehubungan itu, kerajaan ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan Tan Sri Musa selama 41 tahun dalam pasukan polis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya, di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop, Musa dan Ismail.
Mengenai tarikh Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda berhubung pelantikan KPN, Hishammuddin berkata, ia terserah kepada Perdana Menteri.
Mengulas sama ada keputusan tidak menyambung kontrak Musa, 59, dan digantikan dengan Ismail, 56, berikutan desakan pihak tertentu, beliau berkata, keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan mana-mana pihak termasuk pembangkang.
Pada Mac lalu, akhbar melaporkan Musa menghantar surat peletakan jawatan kepada Hishammuddin, iaitu lima bulan sebelum tamat tempoh kontrak perkhidmatannya.
Bagaimanapun, Musa menafikan laporan itu, termasuk dakwaan beliau bakal meletak jawatan secara rasmi pada 25 Mac pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-203 Hari Polis.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, Musa akan terus menyumbang pengalaman dan kepakaran beliau kepada negara khususnya untuk menerajui penubuhan Akademi Latihan bertaraf antarabangsa di Langkawi.
“Penubuhan akademi ini bertujuan menangani jenayah merentasi sempadan seperti jenayah siber, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penggubahan wang haram, antipengganas, pengurusan krisis dan risiko.
“Justeru, saya berharap Musa dapat mengetuai penubuhan akademi ini kerana ia bertujuan meningkat dan memperkemaskan jaringan rangkaian agensi penguat kuasa tempatan dengan agensi antarabangsa,” katanya.
Terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang tuan.Rehatlah cukup-cukup dan berseronoklah bermain dengan cucu-cucu di rumah pula!Kesian saya tenguk tuan semasa sakit dulu.Berehatlah....Kalau nak berlakon,joinlah adik tuan tu!
ReplyDelete