LONDON: Tony Blair semalam mengaku meminum arak untuk membantunya mengatasi tekanan sepanjang menjadi Perdana Menteri Britain.
BLAIR.
KULIT autobiografi Blair.
Pengakuan mengejutkan itu terkandung dalam buku kisah hidupnya yang setebal 700 muka, A Journey (Satu Perjalanan).
Buku itu yang mengambil masa tiga tahun untuk ditulis, mula dijual semalam.
Ia memberi gambaran menarik dalam kehidupan Blair sebagai perdana menteri.
Katanya, dia sering memulakan harinya dengan meminum arak sebelum beralih kepada wain selepas keletihan bekerja sepanjang hari serta mengaku kadar arak itu melebih had. Blair, 57, berkata: Hubungan antara arak dengan Perdana Menteri adalah subjek tersendiri yang boleh ditulis dalam sebuah buku. Menurutnya, dia tidak pasti sama ada arak itu baik untuknya kerana ia membantunya bertenang atau memberi kesan buruk padanya kerana dia boleh menggunakannya untuk bekerja daripada berehat.
“Saya percaya saya menguasai arak itu. Tetapi, anda perlu jujur - ia umpama dadah. Anda tidak boleh lari daripadanya,” kata Blair.
Sepanjang 10 tahun menjadi perdana menteri, beliau berdepan dengan pelbagai tekanan, termasuk Perang Iraq dan Afghanistan serta sengketa dalaman dengan pegawai kanan Parti Buruh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: