
UMUM mengetahui kulit merupakan organ manusia terbesar yang memainkan peranan penting kerana menjadi cermin luaran diri seseorang. Kulit yang sihat meningkatkan kecantikan dan keyakinan diri.
Jika kesihatan kulit tidak diberi perhatian, ia bukan sahaja mendorong kepada kekeringan dan kedutan, bahkan menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
Atas faktor tersebut, adalah amat penting bagi setiap individu menitikberatkan tentang kesihatan dan kecantikan kulit. Rejim penjagaan yang betul secara tidak langsung membantu membuatkan kulit bertambah licin, sihat dan cantik.
Bagaimana membezakan kulit yang sihat dan tidak sihat? Kulit yang sihat ialah kulit yang lembap, tegang dan elastik. Pada masa yang sama ia memberi ton kulit yang sekata.
Selain itu, bebas daripada masalah jerawat, kedut dan parut juga menandakan seseorang itu memiliki tekstur kulit yang sihat dan licin. Memiliki kulit yang sihat membantu proses penyalinan sel-sel kulit yang berlaku tanpa orang disekeliling kita sedari secara langsung.
Kulit yang tidak sihat pula menyebabkan kehadiran bintik-bintik hitam atau merah dan lingkaran hitam bawah mata.
Sehubungan itu bagi membantu individu yang mengalami kulit bermasalah dan mengekalkan kesihatan kulit, Gynita Nature Care menawarkan produk yang ideal untuk pengguna di luar.
![]() |
| GYNITA NatureCare Grapa Seed Extract Plus EPO menjaga kesihatan kulit, rambut dan kuku. |
Gynita NatureCare Grape Seed Extract Plus EPO dengan Enhansorb
Gynita NatureCare Grape Seed Extract Plus EPO (Minyak Evening Primrose) ini merupakan kombinasi kesihatan kulit dua dalam satu kapsul softgel dengan Enhansorb untuk mempertingkatkan penyerapan EPO berbanding pengambilan EPO 1,000mg tanpa emulsi.
Ia digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan kulit, kuku dan rambut dan kesihatan umum. Setiap kapsul softgel mengandungi EPO (650mg) dan ekstrak biji anggur (150mg).
Gynita NatureCare Grape Seed Extract Plus EPO baik untuk kulit kerana mengandungi:
* Minyak Evening Primrose (EPO). Ia merupakan asid lemak yang penting untuk kulit dan keberkesanannya telah dinyatakan dalam banyak kajian. Dalam kajian itu, pengambilan harian 3,000mg EPO kapsul softgel biasa dapat mengurangkan kehilangan air trans-epiderma, meningkatkan kelembapan, kekenyalan dan melembutkan kulit selepas 12 minggu.
* Minyak Evening Primrose. Ekstrak biji anggur (GSE) ini ialah agen antioksida yang 50 kali lebih kuat daripada vitamin E dan 20 kali lebih kuat daripada vitamin C bagi meneutralkan kerosakan radikal bebas.
Hasil kajian mendapati pengambilan GSE akan melindungi kulit daripada kerosakan pancaran matahari, menghalang pembentukan kedutan dan menghilangkan pigmentasi akibat sinaran ultra ungu (UV).
Pada masa yang sama, GSE juga baik untuk kulit kerana kesan kuat antioksidanya bergabung dengan kolagen bagi mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: